Sentimen Pasaran Minyak Mentah Gagal Halang Lonjakan USD/CAD

300

Pengukuhan dolar Kanada pada dagangan Khamis semalam tidak bertahan lama apabila mata wang komoditi itu kembali bergerak susut semula.

Pada awalnya, dolar Kanada disokong oleh harapan terhadap mesyuarat Pertubuhan Negara-Negara Pengeskport Petroleum (OPEC) bersama rakan sekutu, OPEC+ untuk melanjutkan pemotongan pengeluaran minyak mentah bagi menyokong kestabilan harga.

Pada carta harga pasangan mata wang USD/CAD semalam, harga kembali membuat penurunan dari paras ketinggian 1.26700 di awal sesi Asia sehingga melepasi paras sokongan 1.26000 sehingga awal sesi New York.

Namun, pengukuhan semula US dolar pada sesi New York kembali melonjakkan harga sehingga ke paras 1.26900 dengan lebih 100 pips peningkatan harian.

Harga mula bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA5) pada pergerakan 1 jam harga yang berkemungkinan memberi isyarat awal trend bullish.

Pengukuhan US dolar mengatasi dolar Kanada walaupun disokong oleh sentimen pasaran minyak mentah yang positif.

Sesi Asia pada Jumaat melihatkan harga sedikit menurun dari paras ketinggian yang dicapai pada sesi sebelumnya ke paras sokongan Moving Average 50 (MA50).

Dijangka harga akan meneruskan kenaikan ke paras lebih tinggi menuju ke zon rintangan pada 1.27800.

Namun kenaikan atau penurunan harga akan bergantung kepada reaksi pasaran terhadap laporan data pekerjaan NFP AS di sesi New York sebentar lagi.

Jika harga membuat penurunan pula, paras sokongan 1.26000 akan diuji sebelum harga yang meneruskan penurunan boleh mencecah sehingga ke zon support 1.24700.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat