Sentimen Pasaran Minyak Turut Sokong Kenaikan USD/CAD

248

Pergerakan harga pada carta pasangan mata wang USD/CAD semakin maju meneruskan kenaikan lebih tinggi pada hari ini selepas menyaksikan lonjakan ketara harga pada Selasa lalu.

Ketika lonjakan tersebut, US dolar telah pamerkan pengukuhan semula selepas bergerak lemah di awal minggu sementara pelabur menantikan minit mesyuarat FOMC yang diterbitkan.

Namun, lebih mendorong kenaikan harga juga adalah sentimen pasaran minyak mentah global yang memberi tekanan terhadap dolar Kanada ekoran minyak mentah merupakan eksport utama Kanada.

Perselisihan di antara negara-negara pengeluar minyak utama melibatkan Arab Saudi dan Emiriah Arah Bersatu (UAE) dilihat menjejaskan sentimen pasaran komoditi itu.

Kegagalan dalam mencapai persetujuan berkenaan pemotongan pengeluaran berkemungkinan akan mendorong negara pengeluar meningkatkan pengeluaran minyak tanpa mengikut tetapan perjanjian sebelum ini.

Pada carta USD/CAD, harga telah melonjak semula di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) untuk memberikan isyarat trend menaik harga pada minggu ini.

Kenaikan sehingga semalam telah memasuki zon rintangan sekitar 1.25000 setelah harga jatuh di bawah paras tersebut pada April lalu.

Dengan corak yang dipaparkan, pelabur masih melihatkan harga akan meneruskan kenaikan lebih tinggi menuju ke paras rintangan 1.26000 pula sebelum ke paras 1.26300.

Sebaliknya jika penurunan harga kembali berlaku, paras 1.24700 serta sokongan MA50 akan diuji sebelum harga memberikan isyarat permulaan trend bearish semula.

Penurunan lebih rendah dilihat akan menuju ke paras-paras tumpuan sebelum ini seperti paras 1.24000 dan paras sokongan 1.23000.

Pelabur turut akan memberi tumpuan pada laporan data pekerjaan Kanada yang akan diterbitkan pada Jumaat untuk menilai pergerakan dolar Kanada.

Lihat gambar carta pasangan mata wang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat