Sentimen Pasaran : Para Pelabur Nantikan Tanda-Tanda Yang Lebih Jelas Mengenai Rundingan Perdagangan AS-China!

351

Matawang US dolar didagangkan susut pada hari Rabu berikutan para pelabur menunggu tanda-tanda yang lebih jelas mengenai rundingan perdagangan AS-China yang masih berlangsung.

Disisi lain matawang yen didagangkan kukuh berbanding US dolar kerana ketidakpastian dalam pasaran. Walaupun begitu, dilaporkan bahawa Amerika Syarikat dan China kini sedang berusaha untuk merapatkan jurang yang ada agar perjanjian fasa pertama dapat dimenterai pada awal bulan ini dan hal ini telah menghadirkan sentimen yang positif dalam pasaran.

Walaubagaimanapun, menurut penganalisis forex, Juan Perez,”apa yang dilihat sejak 2 hari ini ialah kemajuan perjanjian fasa pertama AS-China sedikit mengelirukan dan ini telah beri kesan kepada selera risiko pedagang dan pelabur.

Faktor lain yang turut mendorong penyusutan US dolar ialah laporan data yang dikeluarkan oleh Jabatan Buruh bahawa produktiviti nonfarm yang mengukur pengeluaran pekerja sejam jatuh sebanyak 0.3% setahun bagi suku ketiga. Kejatuhan ini merupakan kejatuhan terbesar dalam tempoh hampir 4 tahun iaitu sejak suku keempat tahun 2015.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan susut sebanyak 0.10% pada paras 97.730 setakat jam 11.45 p.m. Manakala matawang safe haven yen didagangkan kukuh berbanding US dolar dengan US dolar susut berbanding yen kepada paras 109.00.

Matawang Euro didagangkan sedikit kukuh berbanding US dolar kepad paras bacaan 1.1075 berikutan didorong oleh data peningkatan yang sedikit dalam jualan runcit zon eropah dan peningkatan indeks PMI perkhidmatan zon Eropah.

Indeks PMI IHS Markit zon eropah dinilai semula dan mencatat bacaan yang lebih tinggi pada bacaan 52.2 pada bulan Oktober 2019. Mankala jualan runcit zon eropah naik 0.1% pada bulan September 2019 daripada sebulan sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat