Sentimen Pasaran Semakin Pulih, Arab Saudi Kurangkan Eksport Minyak Pada November

68

Harga minyak menerus penigkatan tiga hari berturut-turut pada hari Rabu didorong dengan pandangan bahawa pasaran sedang beransur-ansur ke arah keseimbangan selepas bertahun-tahun menghadapi lebihan bekalan.

Pasaran hadapan minyak West Texas Intermediate (WTI) naik 39 sen atau 0.77% kepada $51.31 per tong pada jam 5.30 petang.

Minyak Brent yang menjadi tanda aras minyak di luar US meningkat 34 sen atau 0.60% kepada $56.95

Harga minyak turut disokong dengan pengumuman Arab Saudi untuk memotong bilangan eksport minyak mereka pada November. Tambahan pula, OPEC dan pengeluar utama lain termasuk Rusia meneruskan usaha mereka untuk mengekang lebihan bekalan dan menstabilkan harga pasaran dengan menghadkan pengeluaran mereka sehingga Mac 2018.

Para pelabur minyak menantikan laporan bulanan OPEC yang akan dikeluarkan pada hari ini dan juga laporan daripada Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) pada hari Khamis berkenaan jangkaan permintaan dan penawaran dalam pasaran minyak.

Sementara itu, penganalisis menjangkakan data bekalan mingguan oleh American Petroleum Institute (API) hari ini akan mengeluarkan bacaan bekalan minyak yang lebih rendah bagi minggu yang berakhir pada 6 Oktober lalu. Antara tumpuan pasaran juga adalah pada laporan oleh U.S. Energy Information Administration (EIA) pada hari Khamis.

Pasaran turut menantikan keputusan Presiden Trump sama ada untuk memasukkan Iran dalam perjanjian nuklear antarabangsa ataupun tidak. Iran merupakan salah satu anggota OPEC dan antara pengeluar utama di kawasan Timur Tengah.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat