Sentimen Pasaran – US Dolar Susut Susulan Laporan Terkini Isu Perdagangan!

290

Matawang US dolar menyusut berbanding matawang utama pada hari Khamis selepas terdapat laporan yang mencadangkan bahawa gencatan perang perdagangan antara Amerika Syarikat dan China akan memberi kesan kepada aset berisiko. Namun hal tersebut dinafikan oleh Rumah Putih.

Bloomberg menukilkan beberapa pandangan orang ternama mengenai hal ini dan mereka berpendapat bahawa Rumah Putih sedang membuat persiapan beberapa perjanjian perdagangan dengan China yang berkemungkinan akan menatijahkan kepada penangguhan atau pengecualian beberapa tarif Amerika Syarikat, tetapi sebagai pertukaran China perlu berjanji akan menghormati hak harta intelek dan mula membeli barangan pertanian Amerika Syarikat.

Laporan ini seakan tanda bahawa Trump sedang memberi prihatin terhadap kesan impak polisi perdagangan pada ekonomi Amerika Syarikat dan dalam masa yang sama beliau sedang membuat persiapan untuk pilihan raya akan datang.

Walaubagaimanapun, matawang US dolar mula susut selepas ahli Rumah Putih yang tidak dinyatakan nama menafikan laporan Bloomberg.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama mula didagangkan susut dengan sebanyak 0.30% kepada paras 98.335 setakat jam 11.40 p.m.

Disisi lain bagi pasaran eropah, ECB telah mengurangkan kadar deposit kepada bacaan -0.5% daripada 0.4% dan akan meneruskan kembali pembelian bon sebanyak 20 billion euro sebulan bermula November ini. Tindakan ini dilakukan bertujuan untuk menjana pertumbuhan ekonomi zon eropah dan menahan jangkaan kadar inflasi daripada jatuh.

Matawang Euro kukuh berbanding US Dolar sebanyak 0.54% kepada paras 1.1067 setakat jam 11.40 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat