Sentimen Pelabur Lemah, Bursa Dibuka Rendah

175

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 5.4 mata pada 1,542.55 daripada penutupan Rabu pada 1,547.95.

Indeks dibuka 1.49 mata pada 1,546.46.

Ia dibuka rendah seiring dengan pasaran serantau apabila sentimen melemah telah jejaskan selera pelabur.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 286 berbanding 94, manakala 244 kaunter pula tidak berubah, 1,649 tidak didagangkan dan 15 digantung.

Jumlah perolehan pada 198.58 juta unit bernilai RM94.34 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan minit mesyuarat yang dikeluarkan oleh Federal Reserve (Fed) semalam telah membuatkan pasaran Wall Street lemah dan secara tidak langsung memberi kesan kepada sentimen pasaran bursa tempatan.

Selain itu, harga minyak sawit mentah berada pada paras RM5,000 setong sementara harga minyak mentah berada pada paras melebihi US$80 setong.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Bnaking Bhd (Maybank) jatuh 3 sen pada RM8.32, Public Bank Bhd susut 1 sen pada RM4.16, Petronas Chemicals Group Bhd turun 6 sen pada RM8.72, CIMB Group Holdings Bhd kuncup 2 sen pada RM5.45 sementara IHH Healthcare Bhd kekal RM6.86.

Saham aktif memperlihatkan Dagang NeXchange turun 1 sen pada 83 sen, Opcom Holdings Bhd naik 1 sen pada 96 sen sementara Pasukhas Group Bhd dan SMTrack Bhd kekal pada 2.5 sen dan 26 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas turun 30.28 mata pada 11,219.47, FBM Emas Shariah jatuh 4.7 mata pada 12,067.42, FBM ACE susut 73.06 mata pada 6,610.88, FBM 70 kuncup 38.29 mata pada 14,328.72 dan indeks FBMT 100 gugur 36.05 mata pada 10,900.82.

Indeks Industri Produk dan Perkhidmatan menyusut 1.1 mata pada 201.26, indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 36.79 mata pada 15,676.1 dan indeks Perladangan menguncup 20.27 mata pada 6,634.15.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat