Sentimen Risk-Off Pasaran Dorong AUD/USD Meluncur Ke Bawah

214

Penularan jangkitan virus yang semakin merebak ke Asia yang dilihat akan menjejaskan pemulihan ekonomi global telah mendorong semula pengukuhan US dolar sebagai mata wang safe-haven.

Sementara mata wang pulangan tinggi seperti dolar Australia mengalami penyusutan nilai dalam situasi sentimen pasaran risk-off tersebut.

Dapat dilihat pada carta pasangan mata wang AUD/USD, dolar Aussie bergerak lebih lemah berbanding US dolar dengan corak penurunan harga yang dipaparkan.

Selepas kenaikan minggu lalu berjaya menguji zon rintangan 0.76000, harga telah membuat penurunan semula pada awak minggu ini dari zon tersebut.

Isyarat penurunan harga lebih jelas apabila harga bergerak semula di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta AUD/USD.

Pada dagangan semalam, selepas harga turun melepasi paras 0.75400, penurunan diteruskan sehingga ke penghujung sesi New York untuk menutup dagangan di atas paras 0.75000.

Pergerakan harga mula perlahan dan mendatar di sekitar kawasan harga tersebut pada sesi Asia pagi ini (Rabu), namun masih dilihat berada di bawah paras MA50.

Jangkaan harga akan menyambung penurunan lebih rendah menguji zon support 0.74800 sebelum harga menuju ke paras tumpuan pada 0.74000.

Sebaliknya jika harga berjaya membuat kenaikan semula dan melepasi halangan MA50, zon rintangan 0.76000 akan diuji unutk harga mencatatkan paras tertinggi mingguan.

Zon SBR (support become resistance) di atas paras 0.76500 menanti untuk diuji harga jika kenaikan berjaya diteruskan untuk trend bullish.

Lihat gambar carta pasangan mata wang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat