Purata pergerakan harian pada carta harga bagi pasangan mata wang EUR/USD yang agak besar berbanding kebiasaan di awal minggu ini telah membuatkan pelabur lebih berhati-hati mengawal risiko dagangan.
Pergerakan drastik harga dilihat didorong oleh pengukuhan US dolar yang memberi reaksi ketika tumpuan pasaran terarah pada kemunculan variasi baru Coronavirus yang meningkatkan kebimbangan di seluruh dunia.
Seperti yang dipaparkan pada Isnin, pergerakan harga pada Selasa di sesi New York turut memaparkan terjunan harga disebabkan faktor yang sama.
Kebimbangan yang meningkat telah mengatasi sentimen positif berkenaan pakej bantuan Covid-19 bernilai $900 bilion di Amerika Syarikat (AS) yang telah diluluskan bersama pakej rangsangan $1.4 trilion untuk membiayai kerajaan selama setahun.
Pakej bantuan perlu ditandatangani oleh Presiden Donald Trump. Namun beliau ada menyatakan jumlah bantuan $600 kepada rakyat sangat rendah dah seharusnya ditingkatkan lagi kepada $2,000 atau $4,000.
Harga pada carta EUR/USD dilihat menjunam semula pada sesi New York semalam selepas kenaikan harga pada sesi sebelumnya menguji paras rintangan 1.22500.
Dari paras ketinggian tersebut, harga menjunam 100 pips ke paras 1.21500 sebelum perlahan di zon RBS (resistance become support).
Sesi Asia pada Rabu melihatkan harga masih berlegar di zon RBS tersebut, namun pergerakan harga yang berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam harga memberi isyarat untuk penurunan lebih rendah.
Jika penurunan diteruskan melepasi paras 1.21500, harga dilihat akan turun lebih rendah menuju zon support di bawah paras 1.20900.
Sebaliknya jika harga kembali melonjak semula dan berjaya melepasi halangan dinamik MA50, paras rintangan pada 1.22500 akan kembali diuji semula.
Paras ketinggian pada 1.23000 akan menjadi destinasi tumpuan harga jika momentum kenaikan harga berjaya dikekalkan.
Lihat gambar carta pasangan mata wang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI