Sentimen Semasa Brexit Tidak Menyokong Sterling, Paras Tumpuan 1.32300 Pada GBP/USD Terus Diuji

507

Dagangan Pound Sterling dilihat mengukuh sejak Januari lalu berikutan usaha Perdana Menteri Britain, Theresa May yang terus mempertahankan perjanjian Brexit beliau untuk mendapatkan kelulusan Parlimen.

Perkembangan terbaru Brexit setakat ini melihatkan sedikit penurunan pada nilai dagangan matawang tersebut selepas jurucakap Parlimen Britain menyatakan bahawa tidak ada lagi undian untuk perjanjian Brexit PM May melainkan cadangan perjanjian yang baru dibentangkan.

Kenyataan jurucakap Parlimen, John Bercow itu telah melihatkan GBP didagangkan kembali lemah semalam ekoran pelabur berpandangan peluang untuk PM May mendapatkan kelulusan terhadap pelan perjanjian Brexit beliau semakin terjejas.

Namun, ruang untuk Pound terus mengukuh masih ada kerana penganalisis pasaran turut melihat dari sudut yang lain di mana kenyataan yang berimpak negatif oleh jurucakap Parlimen itu membuka peluang untuk penangguhan Brexit dan memanjangkan semula tempoh rundingan buat PM May.

Berbanding USD pula, GBP masih berpeluang untuk mencari ruang mengukuhkan dagangannya sementara USD kekal berisiko menjelang mesyuarat FOMC pada Khamis ini.

Pasaran masih kuat menjangkakan Fed akan mengekalkan kadar faedah untuk mesyuarat FOMC kali ini berikutan faktor pertumbuhan ekonomi global yang perlahan.

Jika dilihatkan pergerakan harga bagi chart pasangan matawang GBP/USD, harga masih menguji zon RBS (resistance become support) pada paras 1.32300 dan pergerakan harga mual mendatar selepas lonjakan ketara pada minggu sebelumnya.

Dagangan semalam melihatkan penurunan pada nilai matawang GBP membuatkan harga ditekan rendah sehingga mencecah paras 1.32000 sebelum kembali membuat kenaikan semula.

Dagangan hari ini pula melihatkan harga dibuka lebih tinggi berbanding paras Magic Pivot 1.3243 hari ini namun masih bergerak di bawah paras resistance 1.3301 (MagicR1) pada indicator Moshed Magic Line hari ini.

Kenaikan harga bakal menguji paras resistance pada 1.33000 atau lebih tinggi menuju ke paras sekitar 1.3418 (MagicR3) dengan mencatatkan 160 pips kenaikan harga.

Namun jika harga bergerak turun lebih rendah dari paras RBS 1.32300, berkemungkinan penurunan harga boleh mencecah 140 pips ke paras tumpuan pada 1.31200 juga berhampiran paras support MagicS2 pada indicator Moshed Magic Line.

Lihat gambar chart pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda. Perhatikan paras tumpuan harga yang telah digariskan pada indicator Moshed Magic Line untuk membantu anda mengawal risiko dalam dagangan harian.

Paras support: 1.3185, 1.3127, 1.3069.

Paras resistance: 1.3301, 1.3359, 1.3418.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat