Sentimen Semasa Pasaran Minyak Mentah Dunia Setakat Ini

70

Harga minyak mentah dunia bergerak lebih rendah pada Isnin, meleset daripada paras tertinggi sembilan minggu lalu di mana kebimbangan terhadap peningkatan pengeluaran oleh OPEC dan US masih berterusan.

Harga penanda aras global, minyak Brent (Brent-oil) susut 1.09% kepada $51.85 setong setakat pukul 8.17 malam. Manakala minyak WTI (West Texas Intermediate) susut 1.05% kepada $49.09.

Kedua-dua harga pasaran hadapan minyak ini jatuh lebih dari $1 dari paras tertinggi minggu lalu yang juga merupakan paras tertinggi sejak Mei. Kenaikan pada paras tertinggi pada tempoh Mei adalah disebabkan oleh komitmen pengeluar OPEC dan non-OPEC untuk melanjutkan pemotongan bekalan sehingga Mac 2018.

“Pasaran sedang menunggu komen oleh Arab Saudi dalam komitmen mencapai sasaran mereka,” kata Hans van Cleef, ketua penganalisis ekonomi tenaga di ABN AMRO. “Potensi pergerakan seakan terhad kecuali OPEC membuat sesuatu kenyataan.”

Harga minyak bergerak lebih tinggi pada Jumaat dirangsang oleh potensi pengeluaran minyak di US.

Minggu ini pasaran akan memberi perhatian kepada laporan bulanan OPEC dan juga laporan oleh International Energy Agency.

Data daripada kedua-dua laporan ini akan memberikan gambaran yang lebih baik tentang keadaan semasa pasaran minyak mentah dunia khususnya prestasi OPEC dalam mengimbangi pasaran ini.

Akhir sekali, data mingguan inventori Amerika Syarikat juga akan terus menjadi kayu ukur jumlah bekalan minyak mentah dunia, di mana data EIA dan API adalah data yang akan menunjukkan jumlah bekalan semasa di Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat