Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

567

US dolar masih tertekan berbanding matawang utama meskipun data inflasi pengeluar yang kukuh. Matawang kanada terus mengukuh sehingga menekan matawang US dolar.

Indeks US dolar melemah pada sesi dagangan Asia ke paras 89.29 berbanding paras tertinggi 1 bulan iaitu pada 90.597 setakat jam 9.50 a.m.

Jabatan Buruh telah mengeluarkan laporan indeks harga pengeluar pada hari Selasa yang menunjukkan peningkatan 0.3% pada bulan lepas. Bacaan ini mengatasi ramalan pakar ekonomi yang menjangkakan peningkatan sebanyak 0.1%. PPI telah meningkat sebanyak 3% sehingga Mac dalam tempoh 12 bulan.

Pada malam ini data CPI pula akan dikeluarkan. Menurut Bank of Montreal, data PPI yang dikeluarkan menunjukkan ekonomi adalah sihat, tekanan harga adalah pada peringkat pengeluar. Bank menantikan data CPI untuk menentukan adakah kenaikan harga input akan disalurkan kepada pengguna atau kenaikan harga input akan diserap dalam margin keuntungan.

Pengukuhan matawang CAD menekan USD/CAD kepada 1.2601 selepas Bank of Canada mengeluarkan unjuran suku tahun pertama yang menyatakan bahawa inflasi sejajar dengan jangkaan. Hal ini menyebabkan pasaran positif bahawa kadar faedah akan ditingkatkan pada tahun ini. Ditambah dengan jangkaan perjanjian NAFTA yang akan diumumkan dalam masa terdekat.

Matawang US dolar mengukuh sebanyak kepada 107.11 berbanding matawang yen selepas mengalami penyusutan hampir 0.42% pada hari Jumaat. Hal ini didorong oleh komentar Xi Jinping. Xi mengatakan China akan mengurangkan tarif ke atas kenderaan import dan mengetatkan polisi hak intelektual.

Matawang Euro mengukuh ke paras 1.2358 setakat jam 9.50 a.m selepas European Central Bank (ECB) melaporkan terdapat komentar hawkish ke atas monetari polisi daripada pembuat dasar Ewald Nowotny.

Walaubagaimanapun, komentar Nowotny merupakan padangan peribadi beliau, ia tidak mewakili suara institusi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat