Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

626

Matawang US dolar sedikit tertekan berbanding matawang yen namun masih menunjukkan pengukuhan pada hari Khamis berikutan pelabur beralih kepada matawang safe haven yen. Hal ini disebabkan pelabur mengkhuatirkan tindakan ketenteraan ke atas Syria.

Tekanan geopolitik telah mengalihkan tumpuan pada isu hubungan perdagangan U.S-China. Ketegangan hubungan perdagangan US-China telah menyebabkan matawang US dolar menyusut sebanyak 0.4% kepada 106.81 dalam masa satu malam.

Walaubagaimanapun dolar telah mengukuh kepada 107.40 pada hari Selasa selepas komentar daripada Presiden China Xi Jinping. Komentar Xi telah meredakan sentimen isu perang dagang.

Namun, US dolar mula sedikit tertekan selepas fokus pasaran tertumpu pada konflik ketenteraan di Timur Tengah.

Ketegangan itu semakin memuncak selepas Presiden Donald Trump U.S memberi amaran kepada Rusia pada hari Rabu berkenaan tindakan ketenteraan di Syria.

Menuru Masafumi Yamamoto, ” matawang yen mengukuh berbanding dolar atas dasar geopolitik. US dolar juga lemah berbanding matawang utama didorong oleh faktor lain seperti peningkatan harga komoditi dan jangkaan monetari polisi ECB”.

Indeks US dolar melemah pada sesi dagangan Asia ke paras 89.23 berbanding paras tertinggi 1 bulan iaitu pada 90.597 setakat jam 9.50 a.m.

Matawang US dolar mengukuh sebanyak kepada 106.86 berbanding matawang yen selepas mengalami penyusutan hampir 0.42% pada hari Jumaat.

Matawang Euro mengukuh ke paras 1.2370 setakat jam 9.50 a.m selepas European Central Bank (ECB) melaporkan terdapat komentar hawkish ke atas monetari polisi daripada pembuat dasar Ewald Nowotny dalam minggu ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat