Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

817

Matawang US dolar mengukuh ke paras tertinggi 2 bulan berbanding matawang yen pada hari Isnin dalam sesi dagangan Asia selepas pasaran mendapat pencerahan mengenai isu serangan terhadap negara Syria oleh U.S dan sekutunya.

U.S, Perancis dan UK telah melancarkan peluru berpandu yang mensasarkan sebuah fasiliti penyimpanan alatan kimia di Syria pada hari Sabtu sebagai tindak balas terhadap kecurigaan serangan gas beracun pada 7 April.

Trump mengumumkan bahawa ”misi selesai” selepas serangan tersebut.

Matawang U.S mengukuh berbanding matawang yen selepas campurtangan ketenteraaan walaupun matawang yen biasanya mendapat permintaan apabila berlakunya ketegangan politik.

Matawang US dolar mengukuh sebanyak kepada 107.47 berbanding matawang yen pada awal pembukaan sesi Asia sebelum mengalami penyusutan sedikit ke paras 107.36 setakat jam 9.35 pagi.

Menurut Yukio Ishizuki, ”tindak balas matawang adalah sedikit terbatas berikutan Presiden Trump sudah mengeluarkan notis awal berkenaan serangan ke atas Syria, membolehkan spekulator mempunyai masa untuk mengatur strategi.”

Indeks US dolar melemah pada sesi dagangan Asia ke paras 89.44 berbanding paras tertinggi 1 bulan iaitu pada 90.597 setakat jam 9.35 a.m.

Matawang Euro mengukuh ke paras 1.2342 setakat jam 9.35 a.m berbanding US dolar. Matawang GBP juga mengukuh berbanding US dolar sebanyak 0.14%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat