Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

680

Matawang US dolar mengukuh berbanding matawang utama lain pada hari Khamis, didukung oleh peningkatan hasil bon US jangka panjang sehingga mampu memulihkan selera risiko pelabur terhadap aset walaupun dihimpin dengan perang perdagagan US-China.

Indeks US dolar berbanding 6 matawang utama mengukuh sebanyak 0.11% kepada paras 89..45.

Matawang US dolar juga mengukuh berbanding matawang yen sebanyak 0.24% kepada 107.49.

Walaubagaimanapun, peningkatan US dolar terbatas berikutan pengukuhan matawang hanya bersandar pada faktor peningkatan hasil bon kewangan 10-tahun yang meningkat 5 mata semalaman.

Menurut Ishikawa, ” Jurang/spread diantara hasil bon US dan yang berada di Jepun dan zon eropah semakin membesar namun US dolar tidak meningkat lebih banyak kerana risiko yang dicipta oleh Trump.”

Ishikawa merujuk kepada ketidaktentuan daripada polisi perdagangan yang diterapkan oleh Presiden Donald Trump dan polisi ekonomi termasuk dengan geopolitik yang berlaku di Timur Tengah.

Matawang yen hanya menunjukkan sedikit reaksi terhadap perjumpaan US- Jepun, dimana Trump dan Perdana Menteri Shinzo Abe setuju untuk memperkukuh hubungan perdagangan antara 2 negara tersebut.

Matawang euro menyusut berbanding US dolar kepada bacaan 1.2368 setakat jam 10.00 pagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat