Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

621

Matawang euro mula mengukuh daripada paras terendah 6 1/2 bulan lalu berbanding US dolar pada hari Isnin selepas mengalami penyusutan. Walaubagaimanapun, pasaran masih memberi tumpuan pada situasi politik di Itali, menyebabkan pengukuhan euro terbatas.

Matawang euro mengukuh sebanyak 0.47 peratus kepada $1.1705 selepas susut kepada $1.1646 pada hari Khamis, paras terendah sejak pertengahan bulan November.

Menurut penganalisis, matawang euro behasil untuk melonjak kembali namun secara asasnya ia masih dalam posisi jual.

Fundamental ekonomi zon Eropah ibarat batang pokok manakala situasi politik ibarat dahan. Pada ketika ini keduanya-duanya sedang mengahadapi arus angin.

Pada hari Ahad, presiden Itali menolak pilihan euroskeptik untuk kementerian ekonomi, mendorong kedua-dua parti menggugurkan pelan untuk bergabung dan mampu membawa kepada krisis konstitusi.

Data pada minggu lepas menunjukkan PMI Jerman jatuh kepada paras 20 bulan terendah pada bulan Mei. Hal ini menunjukkan momentum ekonomi terbesar Eropah perlahan. Pembuat dasar bank pusat juga menyatakan kerisauan mengenai hal ini dalam minit mesyuarat bulan April.

Indeks US dolar berbanding matawang utama lain mencatat bacaan 93.92. Pada hari ini bank menutup operasinya kerana cuti.

Presiden Trump pada hari Ahad mengatakan deligasi US telah tiba di Korea Utara untuk mengutarakan perundingan.

Matawang AUD mencatat pengukuhan sebanyak 0.25 peratus berbanding US dolar kepada 0.7567

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat