Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

391

US dolar melemah pada sesi perdagangan Asia berbanding enam matawang utama yang lain disebabkan oleh kebimbangan pelabur terhadap ketegangan perang perdagangan.

Indeks US dolar melemah berbanding enam matawang utama yang lain sebanyak 0.1% kepada paras harga 89.29.

Walaubagaimanapun, US dolar pulih sedikit daripada paras terendah lima minggu lalu berikutan pasaran melihat perang perdagangan semakin reda dan optimis dengan berita perundingan baru antara Amerika Syarikat A.S dan China.

Pari USD/JPY naik sebanyak 0.22% kepada paras harga 105.57.

Kebimbangan terhadap perang perdagangan bersurutan dan pair USD/JPY telah naik dari harga 104.56.

“US dolar kehilangan beberapa tarikan selepas laporan media terkini mengenai dasar perdagangan A.S.,” kata Masafumi Yamamoto, ketua strategi forex di Mizuho Securities di Tokyo.

“Ancaman semua risiko yang disebabkan oleh kebimbangan perdagangan semakin reda namun tindakan pemain pasaran yang bersifat risk off pasaran dapat menjejaskan nilai matawang,” kata Yamamoto.

Pair EUR/USD naik sebanyak 0.12% kepada paras harga 1.2418 selepas menurun sebanyak 0.3% kerana data zone EU yang tidak memberangsangkan serta komen dovish dari Erkki Liikanen salah seorang ahli European Central Bank ECB.

Pair GBP/USD menaik sebanyak 0.22% kepada paras harga 1.4189 sebelas jatuh 0.5% pada hari Selasa.

Pari USD/JPY naik sebanyak 0.22% kepada paras harga 105.57.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat