Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

436

Matawang Euro kekal mengukuh pada hari Rabu berikutan pelabur mula menumpukan pada mesyuarat polisi European Central Bank (ECB) pada minggu hadapan. Selain itu turut mempengaruhi pergerakan matawang Euro ialah keprihatinan pelabur terhadap perjanjian perdagangan antara US dengan Kanada dan Mexico.

Euro didiagangkan pada $1.1719, mengukuh sebanyak 0.5 peratus pada minggu ini setakat jam 9.30 a.m.

Pemain pasaran mengatakan Euro mula mengukuh pada hari Selasa selepas Bloomberg melaporkan bahawa ECB berkemungkinan merumuskan program rangsangan kewangan pada mesyuarat ECB.

Laporan ini diikuti dengan ucapan perdana menteri Itali yang baru iaitu Giuseppe Conte, yang menjanjikan perubahan radikal telah membataskan pengukuhan Euro.

Namun beliau menegaskan bahawa keluar daripada eropah bukanlah agenda beliau. Kenyataan ini sedikit sebanyak turut membantu pengukuhan matawang euro. Pemotongan cukai dan perbelanjaan awam ditingkat telah membantu peningkatan hasil bon Itali dan menaikkan keyakinan pelabur.

Menurut penganalisis, Pasaran akan menumpukan pada ECB pada ketika ini. Politik di Itali dan Sepanyol akan menjadi perkara kedua kerana keadaan politik disana telah reda.

Indeks US dolar berbanding enam matawang utama menyusut keparas 93.74 daripada bacaan semalam setakat jam 9.35 pagi.

Penasihat ekonomi Trump, Larry Kudlow mengatakan bahawa Trump sedang mempertimbangkan untuk mengadakan rundingan terpisah dengan Kanada dan Mexico.

Hal ini menambah spekulasi bahawa US munngkin akan merombak perjanjian NAFTA.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat