Sentimen Terkini Pasaran Forex : Penghujung Akhir Suku Kedua 2018

441

US dollar melemah pada Jumaat menjelang akhir dagangan suku kedua tahun 2018. Pasaran ketika ini melihat pendekatan yang semakin lembut oleh Presiden Trump dalam isu pelaburan China di dalam syarikat teknologi Amerika Syarikat.

White House pada Rabu berkata tiada halangan kepada syarikat yang dimiliki 25% atau lebih oleh China daripada membeli teknologi dari Amerika Syarikat, tetapi kerajaan akan bergantung kepada Jawatankuasa Pelaburan Asing Amerika Syarikat (CFIUS) untuk menyelia pelaburan asing di negara itu khususnya industri teknologi.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding beberapa matawang lain membuat penurunan sebanyak 0.49% setakat pada pukul 3.47 petang.

Major pair  seperti EUR/USD setakat ini naik sehingga 0.56% dengan GBP/USD naik 0.24%. USD/JPY setakat ini membuat kenaikan sebanyak 0.13%, USD/CAD susut 0.20% dengan USD/CHF naik 0.21%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing membuat kanaikan sebanyak 0.50% dan 0.16% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah AUD dan Euro, manakala matawang paling lemah adalah, JPY. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair AUD/JPY dan EUR/JPY masing-masing naik 0.66% dan 0.65%.

Antara berita yang memperbaiki sentimen pasaran adalah kata sepakat ahli-ahli Kesatuan Eropah dalam isu migrasi di Eropah.

Dalam masa yang sama matawang Yuan China meneruskan kejatuhan sejak Isnin dan menjadi perhatian pasaran sepanjang minggu. Ada juga penganalisis berpendapat kelemahan Yuan adalah sebagai senjata untuk berhadapan dengan perang perdagangan dengan Amerika Syarikat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat