Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Ini

488

Matawang dollar USD pada dagangan yang perlahan permulaan minggu terakhir tahun ini terus didagangkan lemah berikutan kebimbangan pelabur terhadap isu penutupan separa kerajaan Amerika Syarikat walaupun China dilaporkan merancang untuk mengurangkan tarif perdagangan. Sebaliknya, matawang EURO dan Yen pula lebih menarik perhatian pelabur sementara pasaran dilihat bergerak perlahan ekoran pasaran global sedang membuat persiapan untuk menyambut cuti sempena perayaan krismas.

Sterling pula didagangkan berhampiran paras terendah empat bulan berbanding EURO pada dagangan hari ini dan pelabur berpendapat matawang GBP tersebut akan terus bergelut untuk mencari arahnya menjelang perkembangan penting Brexit pada Januari tahun hadapan. Perdana Menteri Britain, Theresa May akan terus berusaha untuk meyakinkan para penggubal undang-undang untuk menyokong pelan Brexit beliau bulan hadapan seterusnya mendapatkan kelulusan di peringkat Parlimen. Sekiranya gagal, penyokong dari kelompok yang menyokong Britain kekal bersama Kesatuan Eropah berharap referendum kedua Brexit akan diadakan. Dengan pergolakan yang masih berterusan ini, matawang GBP dijangka akan kekal didagangkan berisiko dalam pasaran semasa.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat