Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pada Pagi Ini

603

Sebagai mata wang yang bersifat safe-haven, USD adalah matawang yang paling kukuh setakat ini selepas terdapat peningkatan ketegangan perang perdagangan dan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi global yang perlahan.

Laporan dari Bloomberg mengatakan bahawa Washington sedang bersedia untuk mengumumkan tarif ke atas semua baki import China pada awal Disember jika perbincangan di Argentina pada hujung bulan November antara Presiden Donald Trump dan Presiden China Xi Jinping tidak berjalan lancar.

Sementara itu, data perbelanjaan individu di Amerika Syarikat mencatatkan kenaikan 0.4% seperti jangkaan manakala data indeks harga PCE yang digunakan oleh bank pusat FED untuk mengukur kadar inflasi telah menaik kepada 0.2% berbanding 0.1% jangkaan.

Dalam perkembangan di Eropah, mata wang GBP didagangkan rendah selepas Menteri Kewangan Britain, Philip Hammond menyampaikan bajet belanjawan yang akan meningkat. Mata wang Euro pula mengikut jejak langkah GBP yang melemah selepas ketidakpastian politik di Jerman serta kebuntuan yang berterusan mengenai bajet Itali.

Antara data tumpuan pelabur pada hari ini adalah data KDNK zon Eropah dimana jangkaan pasaran adalah merosot daripada 2.1% kepada 1.8% untuk tahunan.

Indeks DXY yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding tujuh matawang yang lain menaik 0.06% setakat pada pukul 10.30 pagi ini.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.11%, dimana GBP/USD didagang menaik 0.15%. USD/JPY pula meningkat 0.25% dengan USD/CAD didagang 0.23% lebih rendah. USD/CHF pula didagang mendatar pada 0.00%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan positif 0.50% dan 0.29%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat