Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pagi Ini

693

Perwakilan dari 20 ekonomi terbesar dunia tiba di persidangan kemuncak di Buones Aires Argentina pada hujung minggu semalam dengan harapan meraih satu perjanjian yang mewujudkan sistem perdagangan global yang baru di samping menyelesaikan isu ketegangan perang dagang antara Amerika Syarikat dan China yang terus berlarutan. Sehubungan dengan itu, mereka terpaksa akur terhadap tuntutan AS dan China untuk menghapuskan beberapa akta yang menjadi tunjang utama dalam kelompok 20 negara industri yang mewakili dua pertiga daripada populasi global. Organisasi Perdagangan Dunia (WTO) turut akan diperbaharui sebagai badan yang mengawal pertikaian yang wujud dalam perdagangan global di mana sebelum ini dilihat kurang memainkan peranannya dengan berkesan.

Matawang dollar USD pada dagangan Isnin menunjukkan kejatuhan pada nilainya setelah tumpuan pelabur kembali terarah kepada aset berpulangan tinggi berikutan Amerika Syarikat dan China bersetuju untuk melaksanakan ‘gencatan senjata’ dalam perang dagangan mereka yang menjejaskan kestabilan pasaran global. Kenyataan daripada White House pada Sabtu, Presiden Donald Trump memberitahu kepada Presiden Xi Jinping ketika persidangan di Argentina bahawa beliau tidak akan mengenakan tarif tambahan terhadap $200 billion barangan import China kepada kadar 25% pada 1 Januari seperti yang diumumkannya sebelum ini. Kedua-dua negara ekonomi terbesar dunia itu akan berusaha untuk berunding berkenaan perbezaan pendapat mereka menerusi rundingan baru dengan sasaran mencapai persetujuan dalam tempoh 90 hari rundingan.

Matawang pulangan tinggi atau berisiko seperti dollar AUD dan NZD mendapat kelebihan dengan peningkatan terhadap matawang mereka daripada para pelabur sementara matawang safe-haven seperti Yen dan Swiss franc dilihat didagangkan lemah pada awal sesi pasaran Asia hari ini menunjukkan petanda bahawa risiko dalam pasaran kewangan semakin berkurangan. Namun, penganalisis pasaran masih melihat pelbagai isu masih perlu diselesaikan bagi mengekalkan sentimen pasaran dalam keadaan yang positif.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat