Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pagi Ini

561

Matawang Pound Sterling menjunam ke paras terendah dalam tempoh 17 bulan dagangan pada Selasa setelah kerajaan Perdana Menteri Britain Theresa May didapati mempersendakan Parlimen kerana keengganannya menyediakan nasihat undang-undang penuh dalam perjanjian Brexit. Namun, nilai matawang GBP kembali pantul semula dari paras terendah selepas undian Parlimen memberi kuasa kepada penggubal undang-undang di Britain untuk melaksanakan langkah seterusnya dalam proses Brexit tersebut jika pelan perjanjian pengunduran dari Kesatuan Eropah oleh Perdana Menteri Theresa May ditolak. Ketidaktentuan dalam proses perundingan Brexit ini terus menimbulkan kebimbangan terhadap para pelabur dan dagangan GBP dilihat masih berisiko.

Matawang dollar USD pula terus berada dalam tekanan pada dagangan Rabu selepas kemerosotan pada hasil pulangan bon Amerika Syarikat memberi petanda yang membimbangkan berkenaan pertumbuhan ekonomi sekaligus meningkatkan kebimbangan pelabur terhadap jangkaan bank pusat Federal Reserve bakal meperlahankan proses kitaran kenaikan kadar faedahnya.

Manakala matawang dollar AUD pula didagangkan lebih lemah berbanding USD dengan pertumbuhanan ekonomi pada suku tahun ketiga meleset daripada jangkaan setelah sebelum ini mengukuh berikutan perkembangan positif dalam isu perang dagang AS-China. Data pertumbuhan ekonomi di Australia mencatatkan pertumbuhan pada kadar 0.3% meleset daripada jangkaan 6% dan jauh lebih rendah dari kadar pertumbuhan sebelum ini iaitu 6%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat