Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pagi Ini

604

Matawang dollar USD yang menunjukkan pengukuhannya pada tahun ini dijangka akan terjejas pada tahun 2019 berikutan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat yang perlahan. Faktor yang memberi tekanan kepada USD adalah kenyataan daripada Pengerusi bank pusat FED, Jerome Powell yang menyatakan kadar faedah semakin menghampiri paras neutral dan hal ini menimbulkan persoalan kepada pasaran mengenai pengetatan dasar monetari oleh FED seperti yang dijangkakan sebelum ini. Kemerosotan pada hasil pulangan bon AS turut menyumbang kepada kegelisahan pasaran yang bakal mengancam ekonomi terbesar dunia itu ke arah kemelesatan. Pasaran saham global yang terjejas adalah dikatakan terkesan daripada jangkaan kitaran pengetatan dasar monetari oleh FED bakal berakhir yang mana dilihat akan memberi impak besar terhadap ekonomi global secara keseluruhannya.

Beralih pula pada perkembangan Brexit, matawang Pound Sterling dalam tempoh terdekat ini akan terus didagangkan berisiko dengan isu Brexit yang masih bergelora. Nasib matawang GBP bergantung kepada keputusan undian Parlimen nanti sama ada berjayakah Perdana Menteri Britain Theresa May mendapat kelulusan ke atas pelan perjanjian Brexitnya. Tinjauan Reuters mendapati pertumbuhan ekonomi adalah lemah.

Matawang dollar CAD menjadi tumpuan pada sesi pasaran New York semalam berikutan pengumuman kadar faedah oleh Bank of Canada (Boc). Seperti jangkaan, BOC telah mengekalkan kadar faedah pada paras 1.75% untuk mesyuarat kali ini setelah kenaikan yang dilakukan pada Oktober lalu. Pemerhati pasaran melihat keputusan terkini yang dibuat adalah bernada dovish dengan kenyataan rasmi lebih menggariskan risiko terhadap kemerosotan pasaran minyak mentah dan juga ketegangan perang dagang. BoC menyedari ekonomi Kanada bergerak dengan momentum yang perlahan menuju ke suku tahun terakhir dan akan menjejaskan kadar inflasi. Namun, penggubal polisi menyatakan kenaikan kadar faedah ke paras neutral adalah perlu dalam usaha untuk mencapai sasaran inflasi tetapi harus dikaji faktor-faktor yang memberi kesan pada masa hadapan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat