Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pagi Ini

627

Matawang dollar USD didagangkan di sekitar paras tertinggi 19 bulan pada dagangan Isnin disokong oleh permintaan terhadap matawang safe-haven berikutan kebimbangan pasaran terhadap pertumbuhan ekonomi global yang perlahan sekaligus membuatkan pelabur kurang berminat kepada aset yang berisiko seperti pasaran saham dan juga matawang Asia. Data ekonomi China dan zon Eropah yang menunjukkan bacaan lebih lemah daripada jangkaan serta kegelisahan terhadap kemungkinan kerajaan AS akan ditutup membuatkan pelabur lebih memilih pelaburan ke arah aset safe-haven yang lebih selamat dan menjadikan matawang USD dan Yen mendapat permintaan.

Untuk matawang USD, data yang menjadi tumpuan utama pada minggu ini adalah pada mesyuarat FOMC Khamis nanti yang dijangka bank pusat FED akan menaikkan kadar faedah. Namun, pelabur percaya kos pinjaman Amerika Syarikat yang tinggi bakal menjejaskan momentum pertumbuhan ekonomi AS dan akan mendesak FED untuk memperlahankan proses pengetatan dasar monetari mereka. Komen terbaru yang dikeluarkan oleh bank pusat FED ditafsir oleh penganalisis pasaran sebagai kenyataan yang bernada dovish. Pada bulan lepas, Pengerusi FED, Jerome Powell telah menyatakan kadar faedah berada di sekitar paras neutral iaitu situasi di mana tidak memerlukan sebarang tindakan sama ada untuk memperlahankan atau merangsangkan ekonomi.

Antara tumpuan lain selain FOMC, pelabur juga akan menumpukan perhatian terhadap mesyuarat bank pusat Bank of England (BoE) dan Bank of Japan (BoJ) di mana kedua-duanya dijadualkan akan berlangsung pada Khamis ini. BoE dijangka mengekalkan dasar monetari sedia ada atas faktor ketidakpastian mengenai perkembangan Brexit. Kegagalan Perdana Menteri Britain Theresa May untuk memenangi konsesi utama dari Kesatuan Eropah untuk menyelamatkan perjanjian Brexit beliau telah menambah kebimbangan mengenai prospek ‘no-deal’ Brexit. Manakala Bank of Japan juga dijangka mengekalkan dasar mereka ekoran inflasi di Jepun tidak berada di dalam sasaran bank pusat serta ekonominya menyusut paling banyak dalam empat tahun pada suku tahun ketiga.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat