Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pagi Ini

405

Dalam keadaan pasaran yang masih berisiko (risk-off), matawang safe-haven akan menjadi perhatian apabila mendapat permintaan dalam pasaran semasa dan dapat dilihat matawang Yen terus melonjak berbanding matawang utama yang lain di samping kenyataan optimis daripada Gabenor Bank of Japan (BoJ), Kuroda setelah bank pusat mengekalkan kadar faedah di paras yang rendah.

Namun begitu, matawang safe-haven dollar USD gagal mendapat manfaat daripada situasi tersebut apabila didagangkan berhampiran paras terendah satu bulan pada dagangan Jumaat didorong oleh faktor jangkaan terhadap kenaikan kadar faedah oleh bank pusat untuk tahun hadapan dan juga faktor ekonomi semasa di Amerika Syarikat. Nilai matawang USD melonjak pada awal pagi Khamis selepas mesyuarat FOMC menetapkan kadar faedah dinaikkan ke paras 2.50% seperti yang dijangkakan. Namun, USD kembali mengalami kejatuhan nilai selepas bank pusat FED menunjukkan isyarat jangkaan kekerapan kenaikan kadar faedah berkurangan untuk beberapa tahun akan datang meleset daripada unjuran sebelum ini serta turut mendorong hasil perbendaharaan AS jangka masa panjang menghampiri paras terendah 9 bulan.

Dalam perkembangan lain, konflik masih berterusan berikutan ancaman Presiden Donald Trump terhadap penutupan kerajaan AS terus memberi tekanan terhadap nilai matawang USD dalam pasaran semasa. Tambahan lagi, tekanan terus dirasai apabila Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat dilaporkan telah meletak jawatan.

Sementara itu, matawang Sterling pula jatuh semula dari paras tertinggi dagangan harian pada Khamis selepas Bank of England (BoE) mengekalkan kadar faedah pada paras 0.75% seperti yang dijangkakan dan memberi amaran berkenaan risiko Brexit tanpa perjanjian (no-deal Brexit). Namun sebelum itu, matawang GBP telah menunjukkan pengukuhan nilainya ekoran data jualan runcit di Britain telah mencatatkan bacaan angka yang lebih tinggi melebihi jangkaan pasaran. Walau bagaimanapun, BoE mengatakan faktor ketidaktentuan Brexit menjadi faktor yang perlu dititikberatkan sejak bulan lalu serta kejatuhan harga minyak mentah akan mendorong kadar inflasi bergerak menghampiri ke paras sasaran 2% tidak lama lagi.

Perkembangan pada matawang komoditi, dollar CAD pula masih didagangkan lemah dalam suasana pasaran yang berisiko serta siri kejatuhan harga minyak mentah dalam pasaran terus memberi tekanan terhadap matawang Loonie tersebut. Manakala, Aussie dan Kiwi berjaya mengukuhkan sedikit nilai matawangnya pada dagangan sesi Eropah semalam mengambil kesempatan ke atas kejatuhan nilai matawang USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat