Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pagi Ini

912

Dollar USD didagangkan lemah berbanding EURO pada permulaan sesi Asia Rabu berikutan pelabur mengambil langkah berjaga-jaga menjelang keputusan pilihanraya di Amerika yang bakal memberi implikasi terhadap ekonomi dan agenda politik di sana. Mengimbas kembali pada dagangan sebelum ini, nilai matawang USD dilihat menunjukkan prestasi yang baik dengan mendapat kelebihan daripada kepesatan ekonomi domestik dan juga kenaikan kadar faedah. Justeru itu, pelabur ingin melihat sama ada pilihanraya kongres ini akan menjejaskan pengukuhan USD atau sebaliknya.

Parti Demokratik dijangka akan memenangi Dewan Perwakilan AS dengan Parti Republik dilihat berpotensi untuk mempertahankan majoriti nya di Senat. Setakat ini, laporan menunjukkan Parti Demokratik mendahului dalam keputusan pilihanraya dan menunjukkan nilai USD sedikit mengukuh berbanding matawang utama yang lain.

Perkembangan dalam rundingan Brexit pula, keyakinan para pelabur semakin meningkat dan Pound Sterling terus didagangkan positif. Walau bagaimanapun, Menteri Perdagangan Britain ada menyatakan dalam temubual Reuters, bahawa adalah mustahil untuk perjanjian Brexit dicapai pada bulan ini atau bulan hadapan. Namun, beliau masih optimis dengan perkembangan proses perundingan tersebut dan menambah, ia adalah lebih baik untuk mendapatkan perjanjian yang terbaik daripada perjanjian yang segera.

Kesatuan Eropah memberi amaran akan tindakan sekatan terhadap Itali jika kerajaan Itali enggan memperbaharui bajet mereka.

Pertumbuhan pekerjaan di New Zealand meningkat pada kadar 1.1% sementara kadar pengangguran turut mencatatkan angka penurunan. Dengan itu, nilai matawang Kiwi telah melonjak berbanding hampir kesemua majoriti matawang utama yang lain sebelum pembukaan sesi pasaran Asia. Data jangkaan inflasi New Zealand yang dikeluarkan pada jam 10 pagi menunjukkan tiada perubahan iaitu pada kadar 2.0%. Tumpuan seterusnya adalah terhadap penetapan kadar faedah pada awal pagi Khamis yang dijangka akan kekal pada kadar 1.75%.

Pasaran minyak mentah menurun dengan penganalisis pasaran beranggapan kejatuhan tersebut adalah disebabkan pengecualian oleh Amerika Syarikat kepada beberapa pembeli utama minyak Iran.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat