Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Pagi Ini

426

Pelabur Eropah dan New York tidak menghiraukan krisis pasaran saham Asia semalam. Indeks-indeks utama meningkat dan pasaran Wall Street bertambah baik.

Sementara itu, matawang Euro didagangkan rendah selepas penetapan dasar monetari European Central Bank (ECB) pada Khamis di mana bank pusat mengekalkan kadar faedah di paras terendah dan juga jumlah pembelian bon.

Secara keseluruhan, ECB menjelaskan pembuat polisi tidak membincangkan halatuju masa hadapan, dan berjanji akan berbuat demikian dalam mesyuarat seterusnya pada Disember.

As Dolar menguat pada hari Khamis selepas data domestik pending home sales meningkat melebihi jangkaan ditambah lagi dengan kelemahan Euro selepas penetapan dasar monetari.

Indeks USD yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding enam matawang yang lain membuat penurunan 0.03% setakat pada pukul 10.30am.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.03%, di mana GBP/USD didagang meningkat 0.02%. USD/JPY pula turun 0.059% dengan USD/CAD didagang 0.15% lebih tinggi. USD/CHF pula didagang baik pada 0.05%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan menurun 0.25% dan 0.23%.

Tumpuan pasaran pada hari ini adalah kepada data KDNK (GDP) di Amerika Syarikat untuk suku tahun ketiga 8.30 malam ini di mana jangkaan pelabur untuk data ini adalah melemah ekoran data retail sales dan trade balance di AS untuk suku tahun ketiga merosot. Sekiranya bacaan data ini lebih rendah daripada jangkaan, kemungkinan terdapat kebimbangan pasaran terhadap momentum pertumbuhan ekonomi AS.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat