Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Petang Ini

443

Matawang GBP menjunam pada pertengahan sesi Eropah hari ini selepas Menteri Brexit Dominic Raab meletak jawatan sekaligus menambahkan lagi ketidakpastian mengenai permasalahan Brexit. Raab, dalam satu surat kepada Perdana Menteri berkata beliau tidak dapat menyokong terma pelan Brexit sedia ada. Disamping itu, kelemahan Pound juga ditambah lagi dengan kemerosotan data jualan runcit pada bulan Oktober yang mencatatkan kejatuhan -0.5%.

Disebabkan faktor di atas, matawang USD dan JPY mendapat kelebihan atas faktor pengaliran dana pelabur terarah kepada aset yang bersifat safe-haven. Tambahan lagi, kekuatan USD juga disokong oleh data jualan runcit di Amerika Syarikat pada malam ini yang diramalkan akan meningkat daripada sebelumnya.

Indeks DXY yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding tujuh matawang yang lain menaik 0.52% setakat pada pukul 7:00 petang ini.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.10%, dimana GBP/USD di dagang merosot 1.558%. USD/JPY pula melemah 0.18% dengan USD/CAD didagang 0.08% lebih rendah. USD/CHF juga di dagang sedikit rendah pada 0.08%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan baik pada 0.43% dan 0.12%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat