Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Petang Ini

537

Matawang dollar USD positif pada dagangan Isnin setelah kejatuhan terbesar pada minggu lalu dalam tempoh dua bulan sejak September berikutan peningkatan kebimbangan para pelabur berkenaan prospek matawang USD setelah komen yang bernada dovish oleh penggubal polisi di Amerika Syarikat. Matawang USD sebelum ini didagangkan mengukuh dengan kombinasi data ekonomi yang memberangsangkan serta jangkaan kenaikan kadar faedah walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi yang memuncak itu kemudiannya dilihat kehilangan daya momentumnya dan menimbulkan rasa kebimbangan kepada FED. Seterusnya, komen yang dovish oleh FED pada Jumaat mendorong para pelabur untuk mengambil dahulu keuntungan pada posisi belian USD sebelum ini.

Perkembangan Brexit pula, nilai matawang Sterling kembali menunjukkan kenaikan pada dagangan Isnin dengan Perdana Menteri Britain, Theresa May terus cuba memenangi sokongan terhadap draf pelan perjanjian Brexitnya. Namun, para pelabur berkemungkinan masih melihat matawang Sterling pada minggu ini sebagai dagangan yang berisiko.

Indeks DXY yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding tujuh matawang yang lain menurun 0.08% setakat 6:45 petang ini.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat kenaikan 0.04%, dimana GBP/USD di dagang menaik 0.23%. USD/JPY pula melemah 0.09% dengan USD/CAD didagang 0.15% lebih tinggi. USD/CHF pula di dagang melemah pada 0.29%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan negatif 0.34% dan 0.60%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat