Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Petang Ini

698

Pada hari ini, matawang USD terus didagangkan agak berhati-hati kerana pasaran sedang menanti isyarat daripada Federal Reserve mengenai rancangannya untuk tahun hadapan berkenaan kekerapan kenaikan kadar faedah di Amerika Syarikat. Bank pusat AS berkemungkinan besar akan menaikkan kadar faedahnya pada awal pagi Khamis waktu Malaysia sebanyak 25 mata asas dan ini akan meletakkan kadar lantai dan siling di AS antara 2.25% hingga 2.5%. Setengah jam selepas itu, Ketua Fed Jerome Powell akan menyampaikan sidang akhbar dimana ini adalah acara yang ditunggu-tunggu oleh para pelabur untuk mencari petunjuk baru mengenai perjalanan FED untuk 2019.

Manakala matawang Euro pula mengukuh berbanding AS Dolar dan mencecah paras tertinggi satu minggu di 1.1405. Matawang tersebut menaik dalam tiga sesi terakhir atas faktor kelemahan yang ketara matawang USD menjelang FOMC. Bukan itu sahaja, Euro juga disokong oleh berita bahawa Itali mencapai persetujuan dengan Kesatuan Eropah berhubung bajetnya untuk 2019 sekaligus menandakan sentimen ini akan berakhir tidak lama lagi.

Dalam perkembangan data ekonomi pada sesi Eropah, Pejabat Statistik Kebangsaan UK melaporkan indeks harga pengguna Britain secara tahunan hanya menaik 2.3% pada bulan November berbanding 2.4% pada Oktober dan ianya sama seperti jangkaan pasaran. Antara penyebab penurunan data ini datang daripada kejatuhan harga minyak mentah dan pelbagai lagi barangan, perkhidmatan, rekreasi dan kebudayaan.

Tidak lupa juga pada malam ini, Pejabat Statistik Kanada juga akan menerbitkan indeks harga pengguna bagi bulan November dan ahli ekonomi menjangkakan terdapat penurunan dalam data ini. Penurunan besar dalam harga minyak mentah akan memberi kesan kepada inflasi ekonomi Kanada. Juga, dalam tinjauan IVEY PMI, indeks harga barang berkurang daripada 72.6 kepada 63.7.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat