Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Petang Ini

548

Kebimbangan pasaran terhadap risiko perang dagang melonjakkan USD setelah laporan Bloomberg mengatakan Washington bersedia mengenakan tarif ke atas barangan import China yang selebihnya bernilai $257billion pada awal Disember sekiranya rundingan di antara Presiden Donald Trump dan Presiden Xi Jinping gagal mencapai sebarang persetujuan.

Sementara itu Euro terus tertekan menjelang data GDP zon Eropah yang dikeluarkan pada jam 6 petang di mana data tersebut menunjukkan bacaan yang mengecewakan daripada jangkaan selain dari dibayangi krisi bajet Itali yang masih berlarutan.

Pelabur tertumpu kepada mesyuarat dasar polisi oleh Bank Pusat Bank of Japan (BoJ) pada hari esok di mana jangkaan BOJ akan mengekalkan polisi sedia ada.

Indeks DXY yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding tujuh matawang yang lain membuat kenaikan 0.27% setakat 6.20 petang.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.12%, di mana GBP/USD didagang menurun 0.27%. USD/JPY pula meningkat 0.42% dengan USD/CAD didagang 0.11% lebih rendah. USD/CHF pula didagang mendatar pada 0.06%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan positif 0.44% dan 0.31%.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat