Sentimen Terkini Pasaran Forex Setakat Petang Ini

517

Matawang USD melonjak ke paras tertinggi pada Rabu dengan komen dovish dari Bank of Japan (BOJ) dan data ekonomi China yang lemah membuatkan matawang tersebut terus menjadi destinasi sasaran pelabur. Selain itu, data keyakinan pengguna di AS meningkat ke paras tertinggi sejak 18 bulan untuk Oktober.

Ketidaktentuan politik di Jerman diikuti pula pengunduran Canselor Angela Merkel memberi tekanan kepada matawang Euro di samping dibayangi krisis bajet Itali yang berlarutan.

Dalam perkembangan yang lain, penetapan dasar monetari polisi oleh Bank of Japan pada pagi tadi menunjukkan BOJ mengekalkan dasar polisi yang sedia ada dan merendahkan sasaran inflasi oleh kerana ketegangan perang perdagangan global yang mengeruhkan keadaan ekonomi.

Tumpuan pasaran seterusnya akan terarah kepada data pekerjaan ADP di Amerika Syarikat yang bakal memberi gambaran terhadap pertumbuhan kadar pekerjaan pada Jumaat ini dan data KDNK di Kanada.

Index DXY yang mengukur kekuatan matawang Greenback berbanding tujuh matawang yang lain bergerak mendatar setakat 6.50 pm.

Major pair seperti EUR/USD setakat ini membuat penurunan 0.05%, di mana GBP/USD didagang menaik 0.26%. USD/JPY pula meningkat 0.02% dengan USD/CAD didagang 0.20% lebih tinggi. USD/CHF pula didagang mendatar pada 0.07%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing didagangkan negatif 0.17% dan 0.21%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat