Sentimen Terkini Pasaran Kewangan Pada Sesi Dagangan Asia

587

Matawang US dolar mengukuh ke paras 3 minggu tertinggi berbanding matawang yen pada hari Selasa kerana harapan pasaran pada persidangan US-Korea Utara ini mampu membawa kepada pengurangan ketegangan antara 2 negara tersebut.

Presiden US, Donald Trump telah memulakan perjumpaan yang langka itu dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un di Singapura. Persidangan ini adalah bagi mencari solusi bagaimana kedua-dua buah negara tersebut dapat menyelesaikan masalah isu nuklear.

Matawang US mengukuh sebanyak 0.4 peratus kepada 110.49 yen, mengukuh keparas tertinggi sejak 23 Mei.

Kebiasaanya matawang yen disimpan seabagai safe haven semasa ketegangan politik dan kegawatan pasaran. Namun pengukuhan US dolar berbanding matawang yen ini mencerminkan keyakinan pasaran bahawa persidangan ini akan membuka pintuk kepada denuclearization.

Menurut penganalisis, hasil persidangan yang menyakinkan akan mendukung matawang dolar, pasaran selepas ini akan memberi perhatian pada perjumpaan FOMC.

The Fed akan mengadakan perjumpaan bermula Jun 12 dan dijangka akan meningkatkan lagi kadar faedah buat kali kedua pada tahun ini. Tumpuan utama, adakah bank pusat akan memberi indikasi tentang peningkatan kadar faedah sebanyak 4 kali pada tahun 2018.

ECB juga akan mengadakan pertemuan namun pada Jun 14 dan dijangka ia akan beri indikasi tentang program pembelian bon.

Indeks US dolar berbanding enam matawang utama mengukuh keparas 93.76 setakat jam 9.45 pagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat