Sentimen Terkini Pasaran Kewangan Pada Sesi Dagangan Asia

420

US dolar mengukuh ke paras tertinggi 11 bulan berbanding matawang utama pada hari Khamis dalam sesi Asia. Pengukuhan ini didukung oleh peningkatan hasil bon US, manakala matawang pound berada di paras terendah November 2017 menjelang keputusan polisi monetari BOE.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama mengukuh 0.09% kepada 94.87 setakat jam 9.30 pagi selepas melonjak naik ke paras 95.299 semalaman.

Hasil bon kewangan jangka panjang melonjak naik daripada paras terendah 3 minggu lalu yang dicapai pada hari Rabu berikutan ketegangan perdagangan US-China sedikit mereda.

Peningkatan hasil bon juga disokong oleh kenyataan dari Pengerusi The Fed, Jerome Powell, yang mengatakan pada hari Rabu bahawa bank pusat U.S. harus meneruskan peningkatan kadar faedah pada kadar yang lebih pantas seperti ditetapkan.

Matawang US dolar sedikit berubah berbanding matawang yen pada paras 110.38 yen selepas meningkat 0.3 peratus semalaman.

Matawang Euro menyusut berbanding US dolar sebanyak 0.10% kepada 1.1564.

Matawang Sterling sedikit berubah selepas jatuh ke paras terendah 7 bulan lalu.

Matawang Sterling mula melonjak naik selepas Perdana Menteri Britain Theresa May memenangi undi penting berkenaan Brexit di parlimen, mengelakkan pemberontakan yang boleh menjejaskan kewibawaannya.

Namun lonjakan matawang pound adalah terhad menjelang penetapan dasar BoE pada hari Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat