Sentimen Terkini Pasaran Kewangan Pada Sesi Dagangan Asia

439

Pengukuhan matawang euro menghalang pengukuhan US dolar ke pars tertinggi 11 bulan pada hari Isnin. Ditambah pula dengan isu perdagangan antara US dan Kesatuan Eropah yang telah mempengaruhi halatuju matawang.

Matawang Euro meningkat sebanyak 0.02 peratus kepada $1.1656 selepas mengukuh sebanyak 0.5 peratus pada hari Jumaat. Matawang tersebut telah mengukuh selepas data aktiviti perniagaan Jerman dan Perancis positif dan kenyataan oleh ahli politik Itali bahawa negara mereka tidak akan meninggalkan penggunaan matawang Euro.

Indeks US dolar yang mengukur matawang greenback berbanding 6 matawang utama mengukuh 0.01 peratus kepada 94.20. Jatuh daripada paras tertinggi yang dikecapi pada hari Jumaat iaitu pada paras 95.529.

US dolar mencapai paras tertinggi 11 bulan adalah didorong hasil bon US. Walau bagaimanapun, US dolar menyusut akhir minggu lalu apabila hasil bon US mula jatuh berikut ketegangan perdagangan antara Washington dan Kesatuan Eropah.

Presiden A.S. Donald Trump mengancam pada Jumaat untuk mengenakan tarif 20 peratus ke atas semua kereta yang diimport dari Kesatuan Eropah. Kesatuan Eropah mengatakan ia tidak akan mempunyai pilihan tetapi untuk bertindak balas terhadap tindakan sedemikian.

Matawang yang didasarkan pada komoditi misyak mengkuh selepas OPEC setuju pada hari Jumaat untuk meningkatkan pengluaran bagi bulan hadapan.

Matawang Australia kini menyusut sebanyak 0.32 peratus kepada 0.7422. USD/CAD pula mengukuh 0.17 peratus kepada 1.3291.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat