Sentimen Terkini Pasaran : Pelabur Lega Amerika Meredakan Perang-Dagang

440

US dollar menguat dalam sesi dagangan New York pada hari Rabu dengan matawang Yen melemah sejak pukul 7 malam tadi berikutan kebimbangan yang semakin reda dalam isu perang perdagangan.

Yen dilihat menguat sejak Isnin apabila situasi perang perdagangan semakin memuncak dengan kedua-dua negara kuasa ekonomi besar dunia Amerika-China dan melemah secara mendadak ketika ini. Hal ini disebabkan pendekatan Presiden Trump yang membuat keputusan untuk tidak bertindak keras kepada China dalam isu perdagangan dua hala. Ia sekaligus telah meredakan kebimbangan pelabur dalam perkara ini.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding beberapa matawang lain naik 0.35% setakat pada pukul 9.53 malam.

Major pair  seperti EUR/USD setakat ini susut 0.32% dengan GBP/USD jatuh 0.42%. USD/JPY setakat ini membuat kenaikan sebanyak 0.31%, USD/CAD susut 0.11% dengan USD/CHF naik 0.36%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing membuat penurunan sebanyak 0.08% dan 0.57% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah CAD, manakala matawang paling lemah adalah, NZD. Dengan menggabungkan matawang paling kuat dan lemah, pair NZD/CAD merekodkan penurunan 0.65%.

Pasaran sedikit reda selepas pengumuman White House di mana halangan kepada syarikat yang dimiliki 25% atau lebih oleh China daripada membeli teknologi dari Amerika Syarikat, tetapi kerajaan akan bergantung kepada Jawatankuasa Pelaburan Asing Amerika Syarikat (CFIUS) untuk menyelia pelaburan asing di negara itu agar teknologi mereka terus terpelihara.

Secara keseluruhan, tindakan ini dilihat tidak sekeras berbanding cadangan sebelum ini. Ia sekaligus telah meredakan kebimbangan pasaran terhadap perang perdagangan global.

Matawang Euro ketika ini juga melemah berikutan pengukuhan secara keseluruhan oleh matawang US dollar, ketegangan perdagangan Amerika-Eropah, dan pasaran kini berhati-hati menjelang perhimpunan Kesatuan Eropah yang akan bermula pada Khamis.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat