Sentimen Terkini Pasaran Sesi Amerika : USD Meneruskan Kenaikan

656

US dollar meneruskan kenaikannya sejak sesi Asia hari Isnin. Matawang ini adalah matawang terkuat setakat sesi dagangan hari ini walaupun tiada pemangkin jelas yang menyokong kenaikan Greenback ketika ini.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding beberapa matawang lain membuat kenaikan sebanyak 0.45% setakat pada pukul 10.46 malam.

Major pair  seperti EUR/USD setakat ini jatuh sehingga 0.64% dengan GBP/USD susut 0.79%. USD/JPY setakat ini pula naik 0.04%, USD/CAD naik 0.50% dengan USD/CHF naik 0.48%. Pair AUD/USD dan NZD/USD masing-masing membuat penurunan sebanyak 0.93% dan 0.95% setakat ini.

Matawang paling kuat setakat ini adalah USD, manakala matawang paling lemah adalah AUD dan NZD.

Matawang berkadar faedah tinggi Kiwi dan Aussie menjadi matawang paling lemah berikutan kedua-dua matawang itu juga tertekan disebabkan kejatuhan harga komoditi. Harga komoditi secara keseluruhan tertekan berikutan pengukuhan US dollar. Hal ini kerana kebanyakan komoditi di dunia dinilai dalam US dollar.

Selain itu, kejatuhan harga komoditi juga disebabkan data aktiviti sektor pembuatan China yang kurang memberangsangkan.

Yen juga mendapat permintaan tinggi pada Isnin berikutan sentimen berisiko dalam pasaran yang disebabkan ketidaktentuan politik di Jerman.

Apa yang menambah kepada kenaikan US dollar ketika ini adalah prestasi sektor pembuatan Amerika Syarikat yang memberangsangkan. Hal ini dapat dilihat dalam data yang dikeluarkan pukul 10 malam tadi, di mana indeks PMI sektor pembuatan mencatat kenaikan ke paras 60.2 berbanding jangkaan 58.2.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat