Sentimen Terkini & Tumpuan Utama Pasaran Forex Hari Ini

852

US dollar melemah pada Isnin menambah kerugian yang dialami Jumaat lalu apabila data kadar gaji Amerika Syarikat mengecewakan pasaran. Walaubagaimanapun, kejatuhan US dollar agak terhad pada dua sesi dagangan sebelum ini kerana tambahan pekerjaan yang jauh melebihi jangkaan.

Indeks US dollar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding enam matawang lain setakat pada sesi Asia hari Selasa naik 0.04%.

Selepas daripada minggu yang begitu sibuk pada minggu lalu, malam ini pasaran akan fokus kepada data inflasi (CPI) A.S. yang akan dikeluarkan pada pukul 8.30 malam. Kenaikan inflasi melebihi jangkaan 0.2% akan menguatkan US dollar, kerana ia akan menjadi pemangkin untuk Federal Reserve meneruskan kenaikan kadar faedah lebih pantas daripada yang dijangka. Spekulasi kenaikan yang lebih pantas sebenarnya akan menyokong kenaikan US dollar.

Indeks keyakinan perniagaan iaitu data NAB dari Australia sedikit mengecewakan dengan bacaan yang merosot dari 11 kepada 9. Bacaan ini tidak banyak mempengaruhi kepada kejatuhan Aussie, bahkan AUD/USD setakat ini naik 0.04%. Tumpuan untuk matawang Aussie akan terarah kepada data China yang akan dikeluarkan pada 10 pagi Rabu.

Bagi matawang US dolar, pasaran juga akan terus memerhatikan perkembangan terkini tariff import keluli khususnya kepada Kanada yang banyak mengeksport ke A.S. Selain itu retorik tentang perjanjian NAFTA akan terus diperhatikan kerana kesannya yang begitu signifikan kepada dolar Kanada (CAD).

Di UK, hari ini pasaran akan tertumpu kepada perkembangan rundingan Brexit dan retorik antara kedua-dua pihak UK-EU. Tumpuan juga akan terarah kepada pengumuman bajet tahunan UK. Phillip Hammond Menteri Kewangan Britain akan melaporkan situasi ekonomi terkini dan juga fiskal kerajaan Britain.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat