Sentimen yang Mempengaruhi Matawang Utama Bagi Sesi Eropah Pada Rabu

71

US Dollar kembali bangkit daripada junaman ke paras terendah yang dibuat sebelum ini apabila matawang Sterling mula memperlahankan keuntungan selepas Theresa May memberi kenyataan bahawa pilihanraya UK perlu diadakan lebih awal.

Sterling mencecah paras tertinggi berbanding US Dollar dalam tempoh enam bulan pada Selasa apabila May dijangka meraih undi majoriti besar di dalam pilihanraya yang bakal dijalankan nanti. Sokongan ini juga akan mengukuhkan kedudukan beliau menjelang rundingan dengan Kesatuan Eropah mengenai syarat-syarat Brexit.

US dollar Index yang mengukur kekuatan US Dollar berbanding sekumpulan matawang utama yang lain meningkat sebanyak 0.11 peratus kepada 99.52, bangkit daripada paras terendah yang dicatat semalam sejak 28 Mac iaitu 99.36.

GBP/USD menurun 0.14 peratus kepada 1.2823.

GBP/USD, 30 minit

Dalam sesi ini juga, US Dollar ditolak lebih tinggi berbanding Yen dengan USD/JPY meningkat sebanyak 0.23 peratus kepada 108.67.

USD/JPY, 30 minit

Kebimbangan terhadap ketegangan geopolitik dengan Korea Utara ditambah dengan laporan ekonomi yang agak suram daripada AS terus memberi tekanan kepada US Dollar.

Naib Presiden AS, Mike Pence pada Selasa memberi jaminan bahawa Jepun dan sekutu AS yang lain akan memberi komitmen untuk mengekang senjata nuklear dan cita-cita Korea Utara selepas kegagalan negara tersebut melaksanakan ujian peluru berpandu hujung minggu lepas.

Data perumahan AS menunjukkan kejatuhan pada bulan Mac yang mungkin disebabkan oleh cuaca yang agak buruk.

Dalam satu laporan berasingan, pengeluaran industri AS meningkat bulan lepas, manakala pengeluaran perkilangan menjunam dengan tidak disangka-sangka.

Sesi ini juga menyaksikan peningkatan sederhana dari matawang Euro dengan EUR/USD tergelincir sebanyak 0.1 peratus kepada 1.0719.

Pasaran terus memantau perkembangan politik menjelang pilihanraya yang akan datang di Perancis apabila setiap calon mempunyai undian yang sengit.

Pair EUR/GBP tidak banyak berubah hari ini selepas menjunam serendah 0.8312 pada Selasa.

Sektor Hartanah Malaysia : Junaman Sektor Ini diringi Dengan Angka Yang Agak Membimbangkan

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat