Sentimen Zon Eropah Catat Bacaan Positif! Namun Pasaran Beri Reaksi Sebaliknya?

198

Sentimen ekonomi di zon neropah mencatat bacaan yang meningkat pada bulan lalu namun kadar inflasi masih berada pada paras negatif. Ini membawa indikasi bahawa peningkatan sentimen ekonomi dijangka bertumbuh dengan perlahan kerana beberapa pemotongan cukai ditarik kembali, harga minyak kembali naik dan ekonomi sudah mula pulih.

Inflasi di 19 negara dalam Eropah tidak berubah pada paras negarif 0.3% pada bulan Disember. Bacaan ini jauh lebih rendah dari jangkaan pakar ekonomi namun ia sejajar dengan unjuran yang ditetapkan oleh Bank Pusat Eropah.

Ekonomi euro dijangka akan menyusut lagi pada suku keempat dan kadar inflasi masih kekal dibawah sifar sejak Ogos tahun lalu. ECB baru-baru ini telah meluluskan satu pakej rangsangan yang meningkatkan pembelian aset berjumlah besar sehingga tahun 2022. Langkah ini adalah untuk melindungi ekonomi dalam berhadapan impak Covid-19.

Langkah-langkah ini diharapkan dapat mengekalkan kos pinjaman pada kadar rendah pada tahun-tahun akan datang dan memberi bantuan untuk blok tersebut menghadapi langkah-langkah kawalan pergerakan yang lebih ketat.

Sentimen ekonomi meningkat sehingga 90.4 mata pada bulan Disember daripada 87.7 pada bulan November. Bacaan ini juga lebih tinggi berbanding jangkaan Suruhanjaya Eropah yang mensasarkan hanya 90.0 mata.

Inflasi yang disasarkan pada 2% sejak 2013 kelihatan sangat sukar dicapai malah dijangka ia akan menurun lagi tahun depan dan tidak akan mencapai objektif bank untuk tahun-tahun yang akan datang kerana pemulihan dari wabak itu akan berlarutan.

Matawang Euro menyusut berbanding US dolar sebanyak 0.41% kepada paras 1.2273 setakat jam 9.10 p.m

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat