Senyap-senyap, Emas Hitam Tunjuk Taring!

122

Minyak mentah mendapat sokongan untuk didagangkan lebih tinggi pada Khamsi, disokong oleh pengurangan dalam data inventori Amerika Syarikat menjelang musim percutian yang dijangka akan menyaksikan lonjakan permintaan.

Data terbaru Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) menunjukkan bekalan minyak mentah AS mencatat kejatuhan lebih besar daripada jangkaan dengan penurunan 5.89 juta tong pada minggu lalu.

Kemerosotan itu berlaku tatkala permintaan untuk minyak pemanas dijangka meningkat berikutan ribut musim sejuk kuat melanda Amerika Syarikat.

Selain itu, penggunaan bahan api jet juga diunjurkan melonjak apabila lebih ramai melakukan perjalanan untuk musim cuti akhir tahun.

Ekoran itu, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan lebih kukuh pada $82 setong, manakala dagangan WTI Amerika Syarikat pula menguat pada $78 setong.

Dalam pada itu, pelabur memberi tumpuan kepada terbitan data bacaan akhir keluaran dalam negara kasar (KDNK) Amerika Syarikat untuk suku ketiga pada sesi New York.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat