Senyum Je Trader GBP, Ini Sebabnya!

1,361

Matawang pound sterling melonjak hampir ke paras yang tidak pernah dicapai dalam tempoh 31 bulan pada hari Khamis kerana didorong oleh sentimen bahawa UK dan Kesatuan Eropah akan mencapai perjanjian perdagangan Brexit yang menjadi penantian selama berbulan lamanya.

Matawang sterling mengukuh sebanyak 0.8% kepada $1.3593 setelah mencapai tahap tertinggi pada paras tukaran $1.3616 berbanding US dolar pada awalnya. Pada awal bulan ini, matawang pound telah menembusi paras tertinggi tahun 2020 iaitu pada paras $1.3624 iaitu satu tahap yang belum pernah dicapai sejak Mei 2018.

Para perunding Brexit di kedua-dua pihak dikatakan berada di puncak kesepakatan perjanjian perdagangan pasca Brexit pada hari Khamis. Ini berlaku setelah berbulan-bulan berlakunya pertikaian politik yang sengit antara kedua belah pihak mengenai sejumlah perkara penting.

Menurut penganalisis, kesepakatan pada kali ini dijangka tidak akan menyeluruh namun ia memadai dengan beberapa perkara akan dilanjutkan dalam perbincangan akan datang pada tahun hadapan.

Menteri Luar Negeri Ireland Simon Coveney mengatakan kesepakatan perdagangan pasca-Brexit dijangka akan dimenterai pada hari Khamis, setelah halangan utama yang menghambat persetujuan telah menunjukkan satu perkara yang positif.

Tambah Convey, persetujuan mungkin dapat dicapai dalam kiraan jam. Sebelumnya, pada awal pagi Khamis, kedua-dua belah pihak menangguhkan persetujuan kerana ingin membuat penelitian akhir dalam ‘small text’ dalam perjanjian penangkapan ikan.

Pakar ekonomi Berenberg, Kallum Pickering mengatakan bahawa persetujuan perjanjian akan memberi sokongan kepada prestasi matawang pound kerana risiko ekonomi yang dikhuatiri selama ini akan hilang dengan adanya perjanjian.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat