Seperti Dijangkakan, Kadar Faedah RBNZ Naik 50 Mata Asas!

144

Menepati jangkaan pasaran secara meluas, Bank Pusat New Zealand (RBNZ) meningkatkan kadar faedah sebanyak 50 mata asas kepada 2.00% pada mesyuarat polisi yang berlangsung pada sesi Asia.

Ini merupakan kenaikan kadar yang kelima berturut-turut dalam usaha bank pusat untuk memerangi inflasi yang berterusan di tahap tertinggi.

Penggubal dasar RBNZ memberitahu bahawa kenaikan yang lebih besar dan awal dalam kadar faedahnya mengurangkan risiko inflasi menjadi berterusan, di samping menyediakan fleksibiliti.

Bank pusat itu melihat bahawa ekonomi domestik kekal kukuh dengan bersandarkan pasaran buruh yang kuat, sokongan fiskal berterusan dan pelonggaran sekatan Covid-19.

Walau bagaimanapun, RBNZ memberi amaran bahawa masih terdapat ancaman terhadap ekonomi di tengah-tengah ketidaktentuan global dan lonjakan harga.

Tambah bank pusat itu lagi, ia bersetuju untuk terus meningkatkan kadar tunai rasminya (OCR) pada kadar bahawa mereka yakin akan membawa harga pengguna kembali ke julat sasaran.

Ia turut menambah bahawa laluan yang diunjurkan dalam kenaikan kadar faedah adalah konsisten dengan mencapai objektif inflasi dan pekerjaan tanpa menyebabkan ketidakstabilan.

Susulan keputusan RBNZ, dolar New Zealand melonjak dan diperdagangkan lebih kukuh di paras ketingian tiga minggu berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat