Serba Dinamik Lonjak 15% Selepas Pembaharuan Lesen oleh Petronas

252

‘Bangkit dari kejatuhan dengan bergaya, di back-up oleh Petronas lagi tu.’

Saham Serba Dinamik Holdings Bhd yang didagangkan pada kaunter paling aktif melonjak 15% pada pagi 1 Jun selepas syarikat minyak nasional Petroliam Nasional Bhd (Petronas) memperbaharui lesen kepada unit Serba Dinamik Sdn Bhd.

Pembaharuan lesen tersebut akan membolehkan Serba Dinamik terus menawarkan bekalan dan perkhidmatan kepada Petronas serta kontraktornya selama setahun berkuatkuasa 30 Mei 2022.

Menurut pemfailan bursa semalam, Serba Dinamik perlu mengemukakan penyata kewangan teraudit bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2022 seperti termaktub dalam syarat pelesenan tersebut dalam tempoh setahun dari tarikh kuatkuasa.

Selain itu, Serba Dinamik juga perlu kemukakan jaminan kewangan sebagai prasyarat kepada semua dan setiap penyertaan syarikat dalam tender dalam tempoh setahun dari tarikh kuatkuasa.

Perkara ini menurut pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Serba Dinamik, Datuk Dr Mohd Abdul Karim Abdullah adalah bukti kepercayaan Petronas yang membolehkan syarikat mengukuhkan semula kedudukan dalam aspek kewangan.

Tambah beliau lagi, syarikat akan mematuhi semua terma yang ditetapkan Petronas dan akan mengemukakan penyata kewangan serta jaminan yang diperlukan.

Sebagai makluman, pelesenan dari Petronas tersebut adalah penting kepada Serba Dinamik untuk kekal menyertai industri minyak dan gas di Malaysia.

Pada pagi tadi saham Serba Dinamik bertambah 1.5 sen pada 11.5 sen dengan jumlah dagangan saham sebanyak 53 juta.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat