Sesi Asia Merekodkan Peningkatan Kepada Harga Emas

35

Harga emas kembali meningkat di sesi Asia setelah pelabur menilai keputusan mesyuarat Fed. Kini, tumpuan mereka beralih kepada pengumuman dari BoJ pada hari Jumaat ini.

Di bahagian Comex New York Merchantile Exchange, emas bagi penghantaran Disember melonjak 0.86% kepada $ 1,346.05 satu troy ounce.

Silver futures, bagi penghantaran September meningkat 1.97% kepada $ 20.388 satu troy ounce. Manakala, copper futures untuk penghantaran September pula merosot 0.05% kepada $2,191 sepound.

Dalam undian 9-1, FOMC melenyapkan pelbagai jangkaan awal apabila mengekalkan Kadar Dana Persekutuan kepada paras tidak berubah diantara 0.25% dan 0.50% pada hari Rabu. Pada masa yang sama, dalam mesyuarat selama 2 hari itu, FOMC meletakkan kenaikan dasar hanya sementara pada tahun ini.

“Risiko jangka masa terdekat untuk prospek ekonomi telah berkurangan,” kata jawatankuasa penetapan dasar Fed, dalam satu kenyataan.

Semalam, emas dilaporkan mengalami kerugian pada pertengahan hari Rabu. Sejak mencecah paras tertinggi dalam tempoh 28 bulan pada awal bulan ini, emas merosot hampir 2% setelah pelabur kebanyakan bertumpu kepada ekuiti global. Namun, logam berharga itu telah meningkat kira-kira 25% tahun ini, sekali gus mencatat tahun yang paling kukuh dalam sedekad.

Menjelang pengumuman keputusan mesyuarat Fed, pelabur turut memberikan reaksi terhadap data kilang dan perumahan yang direkod rendah pada hari Rabu. Pada bulan Jun, Durable Goods Orders merosot sebanyak 4.0%. Pada masa yang sama, core orders juga menurun sebanyak 0.5%. ini merupakan penurunan ke-17 dalam tempoh tahun ke tahun. Namun, penurunan ini diimbangi dengan data jualan kenderaan yang meningkat 2.6% pada bulan tersebut.

Juga pada hari Rabu, Persatuan Kebangsaan Realtors berkata, Indeks Pending Home Sales meningkat sebanyak 0.2%. Kerugian bertumpu di rantau barat Amerika Syarikat yang melaporkan penurunan 1.8% pada jualan bagi tahap yang sama, 12 bulan lalu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat