Sesi Dagangan Bursa Dibuka Rendah Kerana Faktor Ini

693

Pada jam 9.05 pagi penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menyusut 3.11 mata pada 1,491.75 daripada penutupan Isnin pada 1,494.86.

Ia dibuka rendah ekoran mengambil isyarat prestasi Wall Street yang lemah merentasi papan yang didorong oleh penjualan pengguna dan stok tenaga.

Indeks dibuka 1.97 mata pada 1,492.89.

Di pasaran meluas, pelabur menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung dengan 195 berbanding 97, manakala 165 kaunter pula tidak berubah, 1,847 tidak didagangkan dan 20 digantung.

Jumlah perolehan pada 107.64 juta unit bernilai RM63.57 juta.

Nota yang dikeluarkan oleh Malacca Securities Sdn Bhd menyatakan terdapat aktiviti pengambilan untung dalam pasaran tempatan selepas lantunan pada Isnin hasil sentimen negatif pada Wall Street.

Tambahnya lagi, permain pasaran kekal berhati-hati menjelang mesyuarat Federal Reserve Amerika Syarikat, Bank Pusat Eropah, Bank England dan Bank Jepun mengenai keputusan kenaikan kadar serta keputusan dasar monetari.

Selain itu, permain pasaran turut memberi tumpuan kepada saham teknologi serta sektor bertemakan permulihan seperti pengguna memandangkan kes Covid-19 di Malaysia semakin berkurangan.

Pasaran komoditi memperlihatkan harga minyak sawit mentah berada pada paras RM4,700 sementara harga minyak mentah berada pada paras US$74 atau RM313.20 setong.

Saham berwajaran tinggi menyaksikan Malayan Banking Bhd (Maybank) dan CIMB Group Holdings Bhd masing-masing susut 2 sen pada RM8.16 dan RM5.22, IHH Healthcare Bhd jatuh 6 sen pada RM6.50 sementara Petronas Chemiclas Group Bhd naik 3 sen pada RM8.58 dan Public Bank Bhd kekal pada RM4.

Saham aktif memperlihatkan Sapura Energy Bhd jatuh 0.5 sen pada 4.5 sen dan Opcom Holdings Bhd susut 1 sen pada 92 sen sementara Malaysian Genomics Resource Centre Bhd tambah 2.5 sen pada 76.5 sen, Supermax Corp Bhd naik 3 sen pada RM1.34 dan AT Systematization Bhd kekal pada 4.5 sen.

Di papan indeks, indeks FBM Emas menurun 21.26 mata pada 10,868.03, indeks FBMT 100 menyusut 20.86 mata pada 10,563.78 dan indeks FBM Emas Shariah terjatuh 24.15 mata pada 11,701.17.

FBM 70 merundum 23.05 mata pada 13,976.87 dan FBM ACE mengukuh 18.05 mata pada 6,249.12.

Indeks Industri Produk dan Perkhidmatan susut 0.10 mata pada 194.60, indeks Perkhidmatan Kewangan jatuh 20.84 mata pada 15,200.69 dan indeks Perladangan kuncup 34.65 mata pada 6,494.44.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat