Sesi Eropah Sudah Dibuka, BOJ Kekal Jadi Penggerak Pasaran

162

Mata wang yen terus bertahan pada keuntungan yang diraih daripada langkah terbaru Bank of Japan (BOJ) dalam pasaran bonnya.

Ini menyebabkan pergerakan mata wang utama kekal terbatas di tengah-tengah ketiadaan pemangkin untuk menggerakkan pasaran.

Takatoshi Ito, pesaing untuk menggantikan Gabenor BOJ Haruhiko Kuroda, menyatakan tindakan dasar terkini boleh menjadi langkah pertama ke arah keluar daripada pelonggaran monetari yang sangat longgar.

Bagaimanapun, Menteri Ekonomi Jepun Shigeyuki Goto berhujah sebaliknya dengan mengatakan tindakan tersebut tidak bermaksud sedemikian.

Dalam pada itu, indeks dolar terus mempamerkan aksi menyuramkan dengan didagangkan di bawah paras harga 104.00 berbanding sekumpulan mata wang utama.

Tumpuan pelabur kini beralih kepada pengeluaran data inflasi Kanada pada sesi New York yang dijangka akan menunjukkan tekanan harga terus mereda pada bulan November.

Menjelang penerbitan data itu, dolar Kanada didagangkan sedikit berubah pada sekitar harga 1.3600 berbanding US dolar.

Sementara itu, dagangan mata wang euro dan pound juga tidak banyak berubah dengan masing-masing diniagakan pada 1.0627 dan 1.2140 berbanding dolar greenback.

Di sisi lain, dolar Aussie dan New Zealand kekal melemah pada sekitar paras terendah lima minggu dan tiga minggu berbanding USD.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat