Setelah Berbulan ‘Mengugut’, Putin Akhirnya Bertindak!

405

Rusia mengharamkan penjualan minyak kepada negara dan syarikat yang mematuhi had harga yang dipersetujui oleh negara Barat awal bulan ini.

Had harga yang dipersetujui oleh negara G7, Australia dan Kesatuan Eropah (EU) telah berkuat kuasa pada 5 Disember yang membataskan harga pada $60 setong bagi minyak Rusia.

Sebagai tindak balas, Kremlin melarang penjualan minyak dan produk minyaknya kepada sesiapa yang menyokong langkah tersebut.

Ekoran itu, pada Selasa, Presiden Vladimir Putin menandatangani dekri yang melarang eksport minyak ke negara-negara yang meletakkan had harga minyak Rusia.

Difahamkan, dekri tersebut akan berkuat kuasa selama lima bulan dari 1 Februari hingga 1 Julai 2023.

Bagaimanapun, dekri itu termasuk klausa yang membenarkan Putin membatalkan larangan itu dalam kes khas.

Terdahulu, Putin telah memberi isyarat bahawa Rusia boleh mengurangkan pengeluaran minyak dan tidak akan menjual minyak kepada mana-mana negara yang mengenakan had harga “bodoh” Barat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat