Setelah Diuji, Virus Covid Sebenarnya Mampu Bertahan 28 Hari

1,090

Sekumpulan penyelidik mendapati virus SARS-Cov-2 yang terdapat dalam Covid-19 boleh terus menular di permukaan seperti wang kertas, skrin telefon dan keluli tahan karat selama 28 hari.

Sebelum ini, ujian makmal mendapati SARS-Cov-2 boleh bertahan selama dua hingga tiga hari terhadap wang kertas dan gelas serta lebih enam hari pada plastik dan keluli tahan karat meskipun keputusannya berbeza-beza.

Bagaimanapun, kajian terbaharu yang dilakukan oleh agensi Australia, CSIRO mendapati virus itu mampu bertahan selama 28 hari pada permukaan yang licin apabila berada pada suhu 20 darjah Celcius dan dalam keadaan gelap.

Kajian itu juga menunjukkan SARS-Cov-2 bertahan pada tempoh yang pendek apabila terdedah kepada suhu yang panas dan ia akan berhenti menular dalam tempoh 24 jam pada suhu 40 darjah Celcius di sesetengah permukaan.

Namun, para penyelidik menyatakan cahaya UV boleh digunakan untuk membunuh virus berkenaan.

Walau bagaimanapun, kajian itu mengundang kritikan daripada bekas pengarah Common Cold Centre di Universiti Cardiff, Prof Ron Eccles. Menurutnya, kajian itu menyebabkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.

“Virus menular pada permukaan daripada lendir ketika batuk dan bersin serta jari yang kotor dan kajian ini tidak menggunakan lendir manusia segar sebagai pemacu untuk menyebarkan virus.

“Lendir yang segar merupakan musuh kepada virus kerana ia mengandungi banyak sel putih yang menghasilkan enzim untuk menghapuskan virus serta boleh mengandungi antibodi dan bahan kimia lain untuk meneutralkan virus. Pada pendapat saya, virus yang menular ini hanya mampu bertahan dalam lendir di permukaan untuk beberapa jam sahaja,” katanya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat