Setelah Kenaikan 2 Hari Berturut-turut, Boleh Ke GBP/USD Naik Lagi?

505

US dolar kekal bergerak lemah pada sesi New York walaupun bacaan data pesanan barangan tahan lama AS menunjukkan bacaan yang agak baik.

Hal ini adalah didorong kebimbangan pelabur terhadap pergerakan pasaran yang tidak menentu menjelang acara persidangan ekonomi tahunan di Jackson Hole dan bakal mempengaruhi dagangan US dolar.

Seperti corak pergerakan harga pada hari sebelumnya, dagangan pada carta pasangan matawang GBP/USD semalam turut mempamerkan kenaikan pada sesi New York selepas mendatar sejak sesi Asia.

Penyusutan ketara US dolar telah melonjakkan harga pada carta GBP/USD lebih tinggi meskipun matawang Pound masih berisiko dan dijangka akan terus bergerak lemah dalam pasaran.

Harga melonjak setelah turun menguji paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga sehingga melepasi paras 1.32000.

Bersambung pada sesi Asia pagi ini, harga menguji paras 1.32200 iaitu paras ketinggian harian semalam sebelum menunjukkan penurunan pada kadar yang perlahan ke paras 1.32000.

Kenaikan harga dijangkakan akan menuju resistance 1.32800 untuk harga menguji paras ketinggian pada kenaikan minggu lalu.

Sebaliknya jika harga kembali membuat penurunan, paras sokongan dilihat pada 1.31500 dan juga sokongan dinamik MA50 sebelum harga yang meneruskan penurunan akan menuju support mingguan 1.31600.

Penurunan lebih rendah akan menguji pula zon support utama pada 1.30000 yang akan memberikan isyarat trend bearish lebih jelas untuk pergerakan pada skala lebih besar di carta GBP/USD.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat